BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

14 September 2009

Rahsia Air

Air mempunyai banyak rahsia tersembunyi. Air merupakan sebahagian daripada alam semulajadi, ia banyak digunakan dalam petua orang terdahulu. Tetapi ada sebahagiannya sahaja yang mudah dan boleh kita amalkan. Antaranya:

  1. Amalkan minum air masak suam. Amalkan juga meminum sekurang-kurangnya satu gelas air masak suam setiap kali sebelum tidur dan setiap pagi sebaik sahaja bangun dari tidur. Amalkan juga berselawat ke atas nabi Muhammad s.a.w. semasa minum di waktu pagi.
  2. Amalkan minum air setengah jam sebelum dan selepas makan dan jangan minum air semasa makan. Selepas makan peruntukkan sekurang-kurangnya 2jam sebelum minum air (kalau boleh la). Ini dapat mengelakkan kita dari perut yang buncit.
  3. Elakkan daripada mandi malam. Selain dari mudah terdedah kepada penyakit paru-paru berair ia juga mengelakkan kita dari mudah terkena penyakit lenguh-lenguh tulang.
  4. Jangan gunakan air bertakung yang terkena panas matahari untuk mencuci muka. Ini dikatakan akan menyebabkan pigmentasi, panau mahupun jeragat pada kulit muka.
  5. Untuk mengelakkan sedu, minum banyak air diikuti dengan selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w.
  6. Untuk mengelakkan sakit tekak, air rendaman kembang semangkuk, cuba embunkan air masak semalaman dan minum keesokkan hari. Sakit tekan akan berkurangan pada keesokkan harinya.
  7. Untuk menghilangkan muka dari timbul jerawat, air bilasan beras yang kedua.
  8. Bgi mereka yang mengalami keputihan, cuba amalkan minum air bilasan beras yang kedua setiap hari selama tiga(3) hari berturut-turut.
  9. Untuk menyuburkan tanaman, gunakan air bilasan kain sebagai baja untuk tanaman. Bahan organik pada air bilasan kain dapat menyuburkan tanaman.
  10. Untuk meredakan demam panas atau pening kepala, embunkan air rendaman kacang hijau semalaman. Selepas itu, sapukan air rendaman itu ke kepala, Insya-Allah panas kepala atau pening akan berkurangan.
  11. Bagi yang gemar menyanyi, banyakkan minum air suam. Selain itu, penjagaan suara boleh dilakukan sewaktu mandi. Semasa mandi, sedut air ikut hidung sehingga terasa berdengung di kepala. Amalan ini dikatakan dapat mengelakkan suara dari 'pecah'.
  12. Untuk awet muda pula, bila mandi, jirusan air hendaklah dimulakan dari kaki dan naik sehinggalah ke kepala. Bergitupun menurut pakar perubatan, cara bergini bagus untuk mengelakkankejutan pada kepala dan jantung bila terkena air khususnya jika mandi di awl pagi.
Selamat mencuba dan semoga ia bermanfaat untuk kita semua

0 comments: