BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

05 September 2009

Rahsia Warna Pakaian

Warna mampu mempengaruhi mood dan pernampilan kamu. Sekiranya kamu memilih warna pada pakaian yang dikenakan atau perhiasan di rumah kamu, semangat dan kreativiti kamu pasti akan menyerlah.

Merah bertenaga
Merah sering dikaitkan dengan tenaga dan semangat. Merah mampu meningkatkan reaksi emosi dan ghairah hidup. Jadi, kamu perlulah elakkan dari menggunakan warna merah terang di bilik kamu. Selain itu, warna merah juga mampu meningkatkan rasa lapar.

Oren itu ceria
Warna oren mampu membawa keceriaan, humor dan rasa senang. Gunakan warna oren ini untuk meningkatkan mentaliti kamu. Warna oren juga mampu menjadikan percakapan yang lahir dari mulut kamu itu lebih menarik dan membuahkan kreativiti.

Kuning menyakinkan
Warna kuning lebih banyak dikaitkan dengan kekuatan mental dan rasa percaya diri. Warna ini dapat digunakan untuk ruang belajar. Tetapi jika digunakan terlalu banyak warna kuning, kamu akan merasa sulit untuk berehat. Sekiranya kamu ingin mempamerkan warna kuning di ruang kamar kamu, gunakanlah sekadar warna sentuhan bukannya warna dominan.

Hijau menyamankan
Warna hijau adalah warna alam yang utama. Warna ini diklasifikasikan sebagai warna yang nyaman, tenang dan damai. Hijau adalah warna paling sesuai untuk dipamerkan pada kamar mahupun ruang santai di rumah kamu.

Biru langit memberi konsentrsi
Warna biru langit akan membantu  kamu berkonsentrasi dan memfokuskan diri pada pekerjaan atau tugasan. Kamu akan merasa tenang walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Warna ini sangat sesuai digunakan untuk ruang penyembuhan yang mampu memberi ketenangan kepada kamu.

Ungu berdedikasi
Ungu adalah warna fokus yang sering dikaitkan dengan idealisme yang tinggi. Ungu mampu membantu mengembangkan kreativiti kamu.

0 comments: