BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

02 Oktober 2009

Pilihan kerja mengikut zodiak

Berikut pilihan karier menurut zodiak. Sesuaikah dengan karier yang selama ini atau sedang anda jalani, Anda sendirilah yang menjawabnya!

Libra
Orang Libra memiliki sense yang kuat akan keadilan dan fair play. Mereka sangat menikmati peranan sebagai pemimpin. Warga Libra sesuai jadi PR konsultan, konselor, hakim, diplomat, seniman atau ahli psikologi.

Aries
Orang Aries sangat kompetitif dan menyukai tentangan. Mereka juga pekerja rajin yang memiliki banyak mimpi. Warga Aries sangat sesuai menjadi pakar bedah, atlet profesional, usahawan atau doktor gigi.

Taurus
Taurus adalah jenis pekerja rajin dan dapat diharapkan, setia dan bisa jadi anggota kerja yang baik. Mereka juga amat teliti dan kreatif, sehingga sesuai sebagai pekerja pegawai bank dan seniman.

Gemini
Mereka merupakan komunikator yang baik. Pemikir yang tajam, tak kenal lelah dan ini merupakan aset utama warga Gemini. Kerana itu, mereka sesuai jadi penjelajah, penulis, penterjemah atau ahli angkasawan.

Cancer
Kehadiran Cancer membawa kesenangan serta harmoni dalam suasana pejabat. Mereka sesuai menjadi doktor, guru atau ahli kaunseling .

Leo
Leo senang menjadi pusat perhatian. Mereka suka memberi serta penuh percaya diri dan energitik. Leo merupakan orang yang berani mengambil risiko. Sebagai pekerja, mereka sesuai jadi manager, arkitek, guru, atlet atau presiden.

Virgo
Ingin perubahan cepat ? Virgolah orangnya. Mereka cekap menganalisis dan selalu berusaha mendapatkan jawaban dari setiap pertanyaan. Mereka sesuai menjadi ahli kimia, doktor, manager, usahawan dan penternak.

Scorpion
Orang Scorpion cenderung senang membantu, penuh energi dan sangat fokus pada pekerjaan. Mereka sesuai menjadi doktor, penyelidik, manager, jurutera atau agen rahsia.

Sagitarius
Sagitarius adalah orang yang sangat tepat untuk team penjualan. Mereka memiliki intuisi yang tajam. Selain itu, orang-orang Sagitarius juga seringkali berfikir positif dan optimistis. Cocok sebagai agen jualan langsung, penjelajah, fotografer dan duta besar.

Capricorn
Orang Capricorn adalah pekerja praktikal, konservatif dan suka bekerja keras. Posisi sebagai pemimpin akan memberikan mereka kepuasan. Mereka sesuai di bahagian umum atau pentadbiran, sebagai jurutera atau manager.

Aquarius
Orang Aquarius senang berada di tempat banyak orang. Mereka sangat menyukai tentangan dan hal-hal baru. Kerana itu, mereka sesuai menjadi penulis, ahli politik, ahli sains, angkasawan atau seniman.

Pisces
Pisces yang emosional dan penuh mimpi akan terus berusaha mencapai keseimbangan antara apa yang mereka inginkan dan keperluan untuk berprestasi. Mereka senang membantu serta berkongsi dengan orang lain. Pisces sesuai menjadi peternak, ahli biologi, seniman, doktor, pemuzik atau ahli psikologi.

17 September 2009

Sebab-sebab kenapa lelaki tak suka shopping

  1. Mengambil masa  
  2. Terpaksa mangacu atau mencuba  
  3. Pilihan gaya terhad 
  4. Pilihan warna terhad  
  5. Apabila dicuba, tidak banyak yang sesuai  
  6. Tidak banyak saiz  
  7. Mahal 
  8. Jurujual memaksa 
  9. Menunggu

14 September 2009

Rahsia Air

Air mempunyai banyak rahsia tersembunyi. Air merupakan sebahagian daripada alam semulajadi, ia banyak digunakan dalam petua orang terdahulu. Tetapi ada sebahagiannya sahaja yang mudah dan boleh kita amalkan. Antaranya:

  1. Amalkan minum air masak suam. Amalkan juga meminum sekurang-kurangnya satu gelas air masak suam setiap kali sebelum tidur dan setiap pagi sebaik sahaja bangun dari tidur. Amalkan juga berselawat ke atas nabi Muhammad s.a.w. semasa minum di waktu pagi.
  2. Amalkan minum air setengah jam sebelum dan selepas makan dan jangan minum air semasa makan. Selepas makan peruntukkan sekurang-kurangnya 2jam sebelum minum air (kalau boleh la). Ini dapat mengelakkan kita dari perut yang buncit.
  3. Elakkan daripada mandi malam. Selain dari mudah terdedah kepada penyakit paru-paru berair ia juga mengelakkan kita dari mudah terkena penyakit lenguh-lenguh tulang.
  4. Jangan gunakan air bertakung yang terkena panas matahari untuk mencuci muka. Ini dikatakan akan menyebabkan pigmentasi, panau mahupun jeragat pada kulit muka.
  5. Untuk mengelakkan sedu, minum banyak air diikuti dengan selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w.
  6. Untuk mengelakkan sakit tekak, air rendaman kembang semangkuk, cuba embunkan air masak semalaman dan minum keesokkan hari. Sakit tekan akan berkurangan pada keesokkan harinya.
  7. Untuk menghilangkan muka dari timbul jerawat, air bilasan beras yang kedua.
  8. Bgi mereka yang mengalami keputihan, cuba amalkan minum air bilasan beras yang kedua setiap hari selama tiga(3) hari berturut-turut.
  9. Untuk menyuburkan tanaman, gunakan air bilasan kain sebagai baja untuk tanaman. Bahan organik pada air bilasan kain dapat menyuburkan tanaman.
  10. Untuk meredakan demam panas atau pening kepala, embunkan air rendaman kacang hijau semalaman. Selepas itu, sapukan air rendaman itu ke kepala, Insya-Allah panas kepala atau pening akan berkurangan.
  11. Bagi yang gemar menyanyi, banyakkan minum air suam. Selain itu, penjagaan suara boleh dilakukan sewaktu mandi. Semasa mandi, sedut air ikut hidung sehingga terasa berdengung di kepala. Amalan ini dikatakan dapat mengelakkan suara dari 'pecah'.
  12. Untuk awet muda pula, bila mandi, jirusan air hendaklah dimulakan dari kaki dan naik sehinggalah ke kepala. Bergitupun menurut pakar perubatan, cara bergini bagus untuk mengelakkankejutan pada kepala dan jantung bila terkena air khususnya jika mandi di awl pagi.
Selamat mencuba dan semoga ia bermanfaat untuk kita semua

12 September 2009

20 petua untuk kebahagiaan bersama

Kebahagiaan dalam perhubungan takkan datang bergitu sahaja. Perju juga ada usaha untuk meraihkan. Namun, usaha ini tidak boleh dilakukan oleh sebelah pihak sahaja. Kedua-dua belah pihak perlulah sama-sama melakukannya.

Antara 20 petua yang boleh dipratikkan oleh pasangan untuk kebahagiaan bersama :

1. Jaga perasaan. Jangan melakukan sesuatu yang diketahui meyakitkan hati pasangan.

2. Beri perhatian. Jadilah pendengar yang baik namun jika anda sibuk minta pasangan menunda ceritanya sehingga masa yang sesuai. Itu lebih baik jika dibandingkan anda mendengar acuh tidak acuh.

3. Berkongsi kegembiraan. Lewati waktu-waktu suka, duka dan bahagia bersama-sama dengan pasangan.

4. Menjaga sopan santun. Jangan lupa mengucapkan kata tolong, terima kasih mahupun maaf. Ucapan ini akan membuat pasangan merasa dihargai.

5. Senangkan hati pasangan. Selalu memberi senyuman pada pasangan agar dia senang dan bahagia menjalani hari-harinya bersama kamu.

6. Saling menghargai privasi. Setiap individu berkehendakkan masa untuk bersendirian, jadi hormatlah privasi pasangan. Selain itu, jagalah rahsia pasangan, jangan sesekali bercerita tentangnya kepada rakan-rakan anda.

7. Elakkan mengucapkan perkataan “ Kan dulu saya dah cakap……” Kalimat ini akan menekankan kesalahan pasangan hingga membuat dirinya berasa rendah diri dan bersalah.

8. Penyelesaian masalah. Cari jalan yang terbaik bagi anda berdua bila berhadapan dengan masalah. Ketepikan ego ketika menanganinya.

9. Pertahankan bara cinta. Selalu terbuka dan saling meluahkan perasaan adalah cara paling baik agar hubungan selalu mesra.

10. Jangan suka membanding-bandingkan. Terima pasangan seadanya kerana anda yang memilihnya sebagai teman sehidup semati.

11. Ungkapkan dengan kata-kata. Jangan berharap pasangan boleh membaca fikiran anda. Nyatakan keinginan dan perasaan anda dengan kata-kata.

12. Awas bila mengkritik. Jaga kata-kata anda bila membuat kritikan, jangan sampai menghiris hati pasangan anda.

13. Belajarlah bekerjasama dan membiasakan diri dengan kehidupan pasangan anda, sama ada dalam keluarganya mahupun persekitaran pasangan anda.

14. Minimumkan konflik kewangan. Usahakan membuka akaun bersama dan akaun masing-masing. Ini untuk pasangan yang telah berkahwin. Bahagikan perbelanjaan rumahtangga dengan saksama agar tidak timbul rasa tidak puas hati.

15. Atur waktu khusus untuk menyelesaikan konflik atau masalah. Pastikan waktu itu anda dan pasangan anda berfikiran tenang dan tidak lagi beremosi.

16. Saling memaafkan. Pasangan anda juga manusia dan tidal lari dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Jadi maafkan kesalahan yang dilakukan agar tidak mencemari hubungan anda.

17. Jangan menoleh ke belakang. Cubalah terima dan melupakan masa lalu pasangan terutamanya yang negatif.

18. Jangan biarkan konflik atau masalah berlarutan, segera cari jalan penyelesaian agar tidak menjelaskan hubungan anda.

19. Tetap bertanggungjawab walaupun anda dan pasangan di dalam konflik. Mengabaikan apa yang menjadi kewajipan terutamanya di saat ‘genting’ boleh mengeruhkan lagi keadaan.

20. Cari bantuan dari pihak ketiga, jikahubungan anda di tahap kritikal, jangan lupa dapatkan bantuan sama ada dari keluarga mahupun kawan-kawan yang boleh dipercayai.

05 September 2009

Inspirasi warna pakaian

Warna baju yang dipakai juga mampu mempengaruhi perasaan dan kesihatan kamu ketika itu. Berikut adalah warna-warna yang boleh kamu pakai untuk menunjukkan apa yang kamu rasa ketika itu.

Merah
- Tidak senang diperhatikan
- Lelah dan kurang bertenaga
- Menarik dan bersemangat

Oren
- Depresi
- Sakit dibahagian sendi

Kuning
- Perlu rasa yakin pada diri
- Perlu berinteraksi

Hijau
- Perlu berfikir lebih mendalam
- Perlu mengambil keputusan

Biru
- Perlu menenangkan fikiran
- Terlalu penat berfikir

Ungu
- Ingin santai dan berehat

Warna dan si pemakai

Warna pakaian yang paling sering kita pakaikan mampu menunjukkan siapa kita yang sebenarnya.
Mungkin kita sering memilih pakaian yang sama warnanya tanpa kita sedari warna itu mampu menjadi petunjuk keperibadian diri kita sebenarnya.

Inginkan 'Privacy'
Sekiranya kamu inginkan privacy atau ingin menyembunyikan perasaan sebenar kamu di kala itu, biasanya kamu akan memilih pakaian yang berwarna gelap. Warna bergini sesuai dipakai ketika kamu berkabung, baru putus cinta atau sekadar ingin bersendirian.

Meningkatkan semangat
Pakaian berwarna merah biasanya mampu menimbulkan rasa percaya dan yakin diri disamping membuatkan kamu merasa nyaman. Jika kamu berada dalam keadaan yang agak muram, jangan kenakan pakaian yang membuatkan kamu trampil kusam dan tidak bersinar, kerana warna-warna itu akan membuatkan kamu kelihatan tidak menarik.

Jatuh cinta
Jatuh cinta adalah saat di mana kulit kamu berwarna cerah dan sihat. Kamu pasti akan berasa ceria pada ketika itu. Warna merah muda yang lembut, kuning muda keemasan dan warna-warna hangat yang lain akan mengekspresikan perasaan tersebut. Jadi, kalau kamu ingin mengubah hidup dan ingin menunjukkan suasana hati kamu, cuba warna-warna yang disebutkan tadi.

Warna Mewakili si pemakai

Merah - Bersemangat, bercita-cita tinggi dan bertenaga

Merah muda - Hangat, romantik, mudah simpati dan memahami

Kuning - Aktif dan bijak berkomunikasi

Hijau - Berhati-hati dan sensitif

Biru muda - Kreatif, berfikiran tajam dan penuh imaginasi

Biru tua - Cergas, bertanggungjawab dan bijak membuat keputusan

Ungu - Peka dan selalu ingin mendapatkan yang terbaik

Coklat - Jujur dan bersifat pencinta alam

Hitam - Memiliki kemahuan yang kuat,bersifat lebih terbuka&berdisiplin

Putih - Penuh perhatian dan sukakan kedamaian

Rahsia Warna Pakaian

Warna mampu mempengaruhi mood dan pernampilan kamu. Sekiranya kamu memilih warna pada pakaian yang dikenakan atau perhiasan di rumah kamu, semangat dan kreativiti kamu pasti akan menyerlah.

Merah bertenaga
Merah sering dikaitkan dengan tenaga dan semangat. Merah mampu meningkatkan reaksi emosi dan ghairah hidup. Jadi, kamu perlulah elakkan dari menggunakan warna merah terang di bilik kamu. Selain itu, warna merah juga mampu meningkatkan rasa lapar.

Oren itu ceria
Warna oren mampu membawa keceriaan, humor dan rasa senang. Gunakan warna oren ini untuk meningkatkan mentaliti kamu. Warna oren juga mampu menjadikan percakapan yang lahir dari mulut kamu itu lebih menarik dan membuahkan kreativiti.

Kuning menyakinkan
Warna kuning lebih banyak dikaitkan dengan kekuatan mental dan rasa percaya diri. Warna ini dapat digunakan untuk ruang belajar. Tetapi jika digunakan terlalu banyak warna kuning, kamu akan merasa sulit untuk berehat. Sekiranya kamu ingin mempamerkan warna kuning di ruang kamar kamu, gunakanlah sekadar warna sentuhan bukannya warna dominan.

Hijau menyamankan
Warna hijau adalah warna alam yang utama. Warna ini diklasifikasikan sebagai warna yang nyaman, tenang dan damai. Hijau adalah warna paling sesuai untuk dipamerkan pada kamar mahupun ruang santai di rumah kamu.

Biru langit memberi konsentrsi
Warna biru langit akan membantu  kamu berkonsentrasi dan memfokuskan diri pada pekerjaan atau tugasan. Kamu akan merasa tenang walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Warna ini sangat sesuai digunakan untuk ruang penyembuhan yang mampu memberi ketenangan kepada kamu.

Ungu berdedikasi
Ungu adalah warna fokus yang sering dikaitkan dengan idealisme yang tinggi. Ungu mampu membantu mengembangkan kreativiti kamu.

Seksual Lelaki....

Melalui tarikh lahir kaum adam dilahirkan, kita dapat mengetahui keupayaan sebenar seseorang lelaki dalam soal seks.

Pengiraan : Contohnya kalau lelaki itu dilahirkan pada 8 hari bulan (kiraan ini tidak termasuk bulan mahupun tahun) nombornya adalah 8 tetapi apabila dia dilahirkan pada 14 hari bulan, campurkan 1 dan 4 hingga mendapat jumlah yang diingini. Namun bergitu, terdapat dua haribulan yang diberi pengecualian iaitu pada 11 dan 22 haribulan.

Nombor 1
Lelaki dengan nombor ini amat payah untuk diteka pemikirannya. Apa yang kamu lihat di luar adalah tidak sama apa yang terselit dihatinya. Lelaki dalam kumpulan ini gemarkan kemanjaan dan belaian manja. Jika kamu memanjakan dia, dia akan membalas dengan hubungan yang menarik. Lelaki nombor satu ini tahu apa yang mereka ingini dan kehendaki.

Nombor 2
Romantis, sensual, lemah lembut dan mengambil berat terhadap pasangannya adalah ciri-ciri lelaki dalam kumpulan ini. Dalam aktiviti seks pula, lelaki ini sanggup memberi pemanasan berjam-jam. Dia juga amat pakar dalam memberi urutan erotik serta menciptakan suasana lebih romantis ketika di ranjang.

Nombor 3
Lelaki dengan nombor ini seorang yang gemar berjenaka, kuat berimaginasi dan trampil bergaya. Namun bergitu, mereka ini suka menabur janji kepada ramai perempuan sehingga digelar kaki perempuan. Barangkali kerana sikap semulajadi kamu yang gemar berimaginasi dan ramah tamah itu yang menyebabkan mereka mudah disenangi ramai pihak. Oleh itu, berhati-hatilah jika kamu mempunyai kekasih yang berada dalam kumpulan ini.

Nombor 4
Terlalu bergantung kepada pasangannya dalam apa jua perkara. Dia sukakan pasangannya menentukan hala tuju hubungan mereka. Dia juga seorang yang setia selagi pasangannya juga bergitu. Tapi sekali terkena, memang payahlah nak memujuknya.

Nombor 5
Mereka mempunyai sikap yang mudah bosan dengan apa jua yang dilakukan. Untuk mengatasi masalah ini pasangannya perlulah sentiasa mempunyai alternatif untuk memberi idea agar perhubungan sentiasa segar dan hebat. Tapi apabila dikaitkan dengan hubungan seksual, lelaki dalam nombor ini mempunyai kemampuan seksual yang tinggi

Nombor 6
Mereka yang tergolong dalam nombor ini seorang yang romantis serta amat amat memanjakan pasangannya dalam setiap perkara. Dia selalu memastikan pasangannya selesa, bahagia dan 'puas'. Namun kerana sikap terlalu prihatinnya itu akan menjadi masalah kerana pasangannya kerana adakalanya terlalu mengongkong dan kuat cemburu.

Nombor 7
Mereka gemar sendirian sehinggakan pasangannya tidak dipedulikan. Tetapi sebenarnya dia tidak pernah bersikap bergitu. Perasaannya tetap sama pada pasangannya. Inilah sikap yang perlu pasangannya faham dengan sikapnya yang misteri. Dalam keadaan tertentu pula, dia seorang yang agak cerewet. Nampak gayanya, kamu hendaklah bersabar bila berkasih dengan lelaki sebergini.

Nombor 8
Seorang yang prihatin dalam apa jua yang dilakukan. Termasuklah bagaimana dia memastikan pasanganny sentiasa berpuas hati dengan layanannya. Dia menitikberatkan dalam semua aspek kehidupannya termasuklah soal seks. Mereka mementingkan soal kualiti bukan kuantiti. Mereka adalah kekasih yang hebat.

Nombor 9
Sesiapa yang memiliki lelaki ini dikatakan agak bertuah. Dia seorang yang memiliki daya sensitif yang kuat serta pernampilannya yang agak seksi lagi menghairahkan. Tetapi apabila sifatnya itu berlebihan sehinggakan dia terlalu mementingkan pernampilan adakalanya membuatkan dia terlupa pasangannya. Jika dia mengalami kegagalan dalam percintaan, ia akan menjadi barah sehingga boleh memudaratkan dirinya sendiri. Kamu hendaklah memiliki kesabaran dan permahaman yang kuat kalau ingin menakluki lelaki sebergini.

Nombor 11
Agak pendiam tetapi mereka mempunyai potensi seksual yang tinggi ketika diranjang serta amat memberi perhatian dalam perhubungan cinta. Kalau hendak bermanja dengan lelaki sebergini kenalah kena pada tempatnya. Sifat mereka yang agak over dalam bab perasaan yang akan menjadikan dirinya sangat sinsitif. Bersedialah untuk merasa makan hati dengan sikapnya itu.

Nombor 22
Dalam soal kewangan , lelaki dalam kumpulan ini boleh dikatakan lebih beruntung. Rezekinya selalu murah. Tetapi dalam soal aktiviti seks kurang variasi, pasangannya tetap mendapat curahan kasih sayang yang hebat. Kelemahan lelaki ini adalah keinginan mereka yang sering berubah-ubah. Tidak tetap pendirian. Berhati-hatilah.