Kebahagiaan dalam perhubungan takkan datang bergitu sahaja. Perju juga ada usaha untuk meraihkan. Namun, usaha ini tidak boleh dilakukan oleh sebelah pihak sahaja. Kedua-dua belah pihak perlulah sama-sama melakukannya.
Antara 20 petua yang boleh dipratikkan oleh pasangan untuk kebahagiaan bersama :
1. Jaga perasaan. Jangan melakukan sesuatu yang diketahui meyakitkan hati pasangan.
2. Beri perhatian. Jadilah pendengar yang baik namun jika anda sibuk minta pasangan menunda ceritanya sehingga masa yang sesuai. Itu lebih baik jika dibandingkan anda mendengar acuh tidak acuh.
3. Berkongsi kegembiraan. Lewati waktu-waktu suka, duka dan bahagia bersama-sama dengan pasangan.
4. Menjaga sopan santun. Jangan lupa mengucapkan kata tolong, terima kasih mahupun maaf. Ucapan ini akan membuat pasangan merasa dihargai.
5. Senangkan hati pasangan. Selalu memberi senyuman pada pasangan agar dia senang dan bahagia menjalani hari-harinya bersama kamu.
6. Saling menghargai privasi. Setiap individu berkehendakkan masa untuk bersendirian, jadi hormatlah privasi pasangan. Selain itu, jagalah rahsia pasangan, jangan sesekali bercerita tentangnya kepada rakan-rakan anda.
7. Elakkan mengucapkan perkataan “ Kan dulu saya dah cakap……” Kalimat ini akan menekankan kesalahan pasangan hingga membuat dirinya berasa rendah diri dan bersalah.
8. Penyelesaian masalah. Cari jalan yang terbaik bagi anda berdua bila berhadapan dengan masalah. Ketepikan ego ketika menanganinya.
9. Pertahankan bara cinta. Selalu terbuka dan saling meluahkan perasaan adalah cara paling baik agar hubungan selalu mesra.
10. Jangan suka membanding-bandingkan. Terima pasangan seadanya kerana anda yang memilihnya sebagai teman sehidup semati.
11. Ungkapkan dengan kata-kata. Jangan berharap pasangan boleh membaca fikiran anda. Nyatakan keinginan dan perasaan anda dengan kata-kata.
12. Awas bila mengkritik. Jaga kata-kata anda bila membuat kritikan, jangan sampai menghiris hati pasangan anda.
13. Belajarlah bekerjasama dan membiasakan diri dengan kehidupan pasangan anda, sama ada dalam keluarganya mahupun persekitaran pasangan anda.
14. Minimumkan konflik kewangan. Usahakan membuka akaun bersama dan akaun masing-masing. Ini untuk pasangan yang telah berkahwin. Bahagikan perbelanjaan rumahtangga dengan saksama agar tidak timbul rasa tidak puas hati.
15. Atur waktu khusus untuk menyelesaikan konflik atau masalah. Pastikan waktu itu anda dan pasangan anda berfikiran tenang dan tidak lagi beremosi.
16. Saling memaafkan. Pasangan anda juga manusia dan tidal lari dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Jadi maafkan kesalahan yang dilakukan agar tidak mencemari hubungan anda.
17. Jangan menoleh ke belakang. Cubalah terima dan melupakan masa lalu pasangan terutamanya yang negatif.
18. Jangan biarkan konflik atau masalah berlarutan, segera cari jalan penyelesaian agar tidak menjelaskan hubungan anda.
19. Tetap bertanggungjawab walaupun anda dan pasangan di dalam konflik. Mengabaikan apa yang menjadi kewajipan terutamanya di saat ‘genting’ boleh mengeruhkan lagi keadaan.
20. Cari bantuan dari pihak ketiga, jikahubungan anda di tahap kritikal, jangan lupa dapatkan bantuan sama ada dari keluarga mahupun kawan-kawan yang boleh dipercayai.
salam
13 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan