BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

05 Julai 2011

Jangan..janganlah...

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah S.W.T. tidak suka. Kalau tertidur tidak mengapa.

2. Jangan masuk bilik air tanpa memakai selipar. Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah itu.

3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

5. Jangan tidur selepas Solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana selepas Subuh, Allah S.W.T. menbagi-bagi rezeki).

6. Jangan makan tanpa baca Bismillah dan doa makan, nanti rezeki kita dikongsi oleh syaitan.

7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebaikan, takut nanti kita akan mati dalam perjalanan.

8. Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan, makruh dan takut mewarisi kepapaan.

9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan, nanti kita akan diselaputi dosa.

10. Jangan bergaul bebas di tempat kerja, banyak buruk dari baiknya.

11. Jangan menangguh taubat, bila berbuat dosa kerana ajal boleh datang pada bila-bila masa.

12. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibubapa, dan sesama manusia kalau kita memang bersalah.

13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan, nanti rosak persahabatan, kita hilang bahagia.

14. Jangan lupa bergantung kepada Allah S.W.T. dalam setiap kerja kita, nanti kita sombong bila dah berjaya, kalau gagal, kecewa la pulak.

15. Jangan bakhlil untuk bersedekah, sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16. Jangan banyak ketawa, nanti mati jiwa. Kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

17. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan, doa makluk teraniaya cepat dimakbulkan Allah S.W.T.

18. Jangan terlalu susah hati dalam urusan duniawi, akhirat lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

19. Jangan pertikai Islam itu berkata Jangan, sebab semuanya untuk keselamatan kita. Hanya Allah S.W.T. sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk umat-Nya.

0 comments: